Tuesday, February 28, 2012

Tempahan Nombor Pendaftaran Kenderaan WWW Dibuka 30 April

KUALA LUMPUR: Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan "WWW" yang bermaksud "World Wide Web" boleh membuat tempahan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mulai 30 April ini. 

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, tempahan akan dibuka selama 14 hari mulai 8 pagi hingga 12 tengah hari sehingga 14 Mei depan.

"Kita telah menerima banyak pertanyaan dan panggilan telefon tentang nombor pendaftaran "WWW'. Salah satu sebab kenapa mereka mahu sangat nombor itu kerana ia membawa maksud "World Wide Web"," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, terdapat empat kategori nombor yang boleh ditempah iaitu nombor bernilai utama, nombor menarik, nombor popular dan nombor semasa. 

Katanya nombor bernilai utama iaitu nombor satu angka 1 hingga 10 akan dibuka dengan harga jualan minimum RM10,000 manakala nombor menarik dijual dengan harga minimum RM2,000 manakala nombor popular dan nombor semasa masing-masing dibuka dengan harga minimum RM300. 

28 Februari - Hari Ini Dalam Sejarah



202 SM - Berlangsungnya upacara pemahkotaan Liu Bang selaku Maharaja Gaozu dari Han, sekaligus bermulanya empat abad pemerintahan Dinasti Han di China.

1784 - John Wesley mempiagamkan Gereja Metodis.

1850 - Universiti Utah dibuka di Salt Lake City, Utah.

1854 - Parti Republikan Amerika Syarikat ditubuhkan di Ripon, Wisconsin.

1883 - Teater anekarama seperti  persembahan silap mata, persembahan haiwan terlatih, lakonan dan nyanyian pertama dibuka di bandar Boston, Massachusetts.

Friday, February 24, 2012

Follower-500 | Aida Omar - Diari Si Froggie



Alhamdulillah. Akhirnya..ni adalah entri khas untuk follower AWESOME yang bertuah. Insan bertuah tersebut yang  melima ratuskan dirinya ialah Cik Aida Omar.  Seorang yang simple, cool dan happy go lucky. Terima kasih kepada saudari Aida kerana singgah di blog ini.. 

Untuk pengetahuan semua, blog beliau penuh dengan warna -warni terutamanya hijau si froggie hehe. Sesuai la dengan tagline " Hidup Dengan Pelbagai Warna". Mari-mari ke " Diari Si Froggie ". Anda pasti teruja dengan kecomelan si Froggie. Tak payah cakap lagi, jom kita jadi geng Froggie. 

24 Februari - Hari Ini Dalam Sejarah

303 - Maharaja Rom Diocletian memulakan penyeksaan Diocletian, episod terakhir penyeksaan          orang Kristian dalam Empayar Rom.
1387 - Raja Charles III dari Naples dan Hungary dibunuh di Buda, Hungary.
1582 - Paus Gregory XIII mengeluarkan titah penggunaan kalendar Gregory.
1803 - Keputusan kes Mahkamah Agung A.S. Marbury lwn. Madison mewujudkan kajian                    semula kehakiman di Amerika Syarikat.
1826 –  Berakhirnya Perang Burma Pertama selepas Perjanjian Yandaboo ditandatangani.
1839 – William Otis menerima paten untuk ciptaan penyodok stim.
1848 - Revolusi Perancis 1848: Raja Perancis Louis-Philippe turun takhta dan melarikan diri ke              England.
1917 – Perang Dunia I: Duta Amerika Syarikat ke United Kingdom menerima Telegram                       Zimmermann, yang bertulis jaminan Jerman agar memastikan kembalinya negeri                         New Mexico, Texas dan Arizona ke Mexico sekiranya Mexico mengisytiharkan perang               terhadap A.S.

Thursday, February 23, 2012

Warna Apa Yang Buat Kita Terasa Lapar


          Warna yang berbeza sentiasa menyampaikan emosi yang berbeza, betul tak? Contoh yang biasa kita dapat lihat bila terlihat makanan yang mempunyai pelbagai warna menarik.  Ha..all of you pernah tak terfikir warna apa yang boleh membuat kita semua lapar?

          Nampaknya, logo fast food dalam negara kita ini semua terdiri warna merah. Malah turut juga dihiasi dengan dekorasi berwarna merah. Baru perasan kan.  Ini semua untuk mendorong kelaparan  dan menarik perhatian. Tak lapar pun kadang-kadang teringin nak masuk tengok menu je. Itulah fakta. Nak buat bisnes francais mesti la ada kajian dulu kan. Merah boleh menarik perhatianmenyebabkan keseronokan, mengisi perut yang lapar, dan juga boleh menaikkan kadar jantung...hehe, tinggikan kandungan kolestrol dalam darah. Lihat McDonalds, Wendy'sBurger KingCoca-Cola, KFC, Popeyes dan Pizza Hut..

Artis: Najwa Mahiaddin

Najwa Mahiaddin
  • Anak kepada Timbalan Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin.
  • Memenangi Anugerah Industri Muzik 2011 (AIM2011).
  • Kategori Artis Baru Terbaik dan Lagu Inggeris Tempatan Terbaik.
  • Album pertama Innocent Soul pada Mac lalu.
Admin : Masing-masing ada minat tersendiri.

MS Allure of the Seas: Kapal Persiaran Mewah Terbesar Di Dunia

MS Allure of the Seas merupakan kapal persiaran mewah terbesar dan tercanggih yang dimiliki oleh Royal Caribbean International. Si kembarnya, MS Oasis of the Seas pula kurang 2 inci panjang. Triple daripada jumlah penumpang RMS Titanic, dan lebih kurang 2 kali ganda daripada jumlah penumpang MS Costa Concordia yang baru-baru ini mengalami kemalangan. 6300 orang maksimum...AWESOME!!


“Inception Park” Di Buenos Aires

Bagi kaki wayang atau kaki download mesti dah layan movie " Inception (2010 " hasil  dari pengarah Christopher Nolan lakonan mantap Leonardo DiCaprio. Freaking awesome right. Ok kali ni ada  special effects video yang diarahkan oleh  Fernando Livschitz. " Inception Park " dihasilkan oleh beliau di mana rollercoaster seolah-olah terbang mengelilingi sepanjang jalanan di Buenos Aires, Argentina. Awesome!!

Permintaan Terakhir Seorang Banduan



23 Februari - Hari Ini Dalam Sejarah



1660 - Charles XI menjadi Raja Sweden
1893 - Rudolf Diesel menerima paten untuk mesin diesel.
1903 - Teluk Guantánamo mulai dipinjamkan Kuba kepada Amerika Serikat untuk pertambangan batu bara dan pangkalan angkatan laut.
1919 - Benito Mussolini membentuk Partai Fasis Nasional di Italia.
1934 - Leopold III menjadi Raja Belgium
1941 - Plutonium diproduksi pertama kalinya dan diisolasi oleh Glenn Seaborg.
1945 - Perang Dunia II: Ibu kota Filipina, Manila, direbut pasukan Amerika Serikat dari Jepang
1998 - Puting beliung yang mengorbankan 42 orang mangsa di Florida, Amerika Syarikat.

Tambahan: Yusry Abd Halim dan aktres jelita Lisa Surihani akhirnya akan mengakhiri perhubungan cinta mereka dalam majlis pernikahan yang akan berlangsung selepas Asar pada 23 Februari 2012 ini di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya.

Wednesday, February 22, 2012

Google Doodle Hari Ini Untuk Heinrich Rudolf Hertz

     Menurut Google, Doodle baru merayakan hari keputeraan yang ke-155 tahun Heirich Rudolf Hertz. Menurut laman Wikipedia rasminya, Heirich Rudolf Hertz adalah ahli fizik pertama yang menunjukkan kewujudan gelombang elektromagnet dengan radas yang menghasilkan dan mengesan gelombang radio. Untuk lebih lanjut, sila layari Wikipedia . 

     Pergi terlalu awal, Hertz meninggal dunia pada usia 36 tahun. Berbanding Doodles Google yang lain, Doodle Hertz tidak termasuk huruf Google, dan mempunyai imej  elektromagnet gelombang berwarna-warni yang bergerak. Anda klik sahaja imej akan memulakan carian  di enjin carian Google untuk Heirich Rudolf Hertz.

Tuesday, February 21, 2012

Review Buku: Indahnya Hidup Bersyariat


Buku ini adalah karya Al-Ustaz Dato' Hj. Ismail Kamus dan Mohd. Azrul Azlen Abd Hamid di mana ia sesuai untuk peringatan buat yang diriku yang mudah lupa dan juga sesuai untuk seisi keluarga, masyarakat, dan umat sejagat. Ia merangkumi syariat kelahiran, pendidikan awal kanak-kanak, syariat berkaitan remaja, fardhu ain asas, munakahat (hukum perkahwinan), syariat dalam bermasyarakat dan amalan sunat harian sepanjang masa. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih.

Timeline Facebook Yang Cool



Monday, February 20, 2012

Remaja Ditahan Ugut Sebar Gambar Bogel Pasangan Kekasih - Berita

DUNGUN: Seorang remaja yang dipercayai menyamar sebagai penguat kuasa agama yang memukul dan mengarahkan sepasang kekasih berbogel untuk dirakamkan aksi mereka ketika mangsa memadu asmara di Pantai Sura Hujung, di sini, berjaya ditahan. 

Manakala dua lagi rakan suspek masih diburu.
Selain bertindak memukul dan merakam gambar bogel mangsa, suspek berumur 18 hingga 20-an itu turut mengugut pasangan kekasih itu supaya membayar sebanyak RM2,000 sekiranya tidak mahu gambar bogel mereka disebarkan dalam kejadian awal pagi Sabtu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, pasangan kekasih berumur 20-an yang berada di dalam kereta didatangi tiga lelaki berkenaan. 

Pasangan terbabit yang cemas kemudiannya membiarkan ketiga-tiga lelaki terbabit memasuki keretanya dan suspek dikatakan turut memukul serta memaksa pasangan itu menanggalkan pakaian. 

Kedua-dua mangsa juga turut mengikut arahan suspek yang merakam gambar bogel mereka dengan telefon bimbitnya. 

HIV AIDS - Pencegahan, Penjagaan,Sokongan


Di Malaysia, lebih dari 10 orang dikesan positif AIDS pada setiap hari. Selama ini kita mempunyai tanggapan yang keliru mengenai HIV AIDS , seringkali yang kita dan masyarakat  lakukan adalah dengan mengasingkan pesakit HIV AIDS dari lingkungan sosial kita. Banyak dari kita yang beranggapan bahawa penyakit dari para pesakit tersebut boleh berjangkit jika kita selalu berdekatan dengan mereka. Hal ini sangat mengelirukan dan membimbangkan terutamanya kepada emosi si pesakit. Ingat, pesakit yang menghidapi HIV AIDS adalah seseorang yang sangat memerlukan orang lain dalam menjalankan hidupnya dan AIDS tidak menular dengan mudahnya melalui udara seperti flu. Di sini lah letaknya kekurangan masyarakat kita dalam memahami penyakit HIV AIDS. 

Agong terima pengiktirafan Malaysia Book of Records - Berita


KUALA LUMPUR 20 Feb. — Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini berkenan menerima sijil pengiktirafan dari Malaysia Book of Records sebagai sultan pertama dilantik Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua.

Baginda menerima buku dan sijil pengiktirafan tersebut daripada Pengarah Urusan The Malaysia Book of Records, Datuk Danny Ooi di Istana Negara, di sini.

Turut berangkat mengiringi baginda pada majlis itu ialah Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah.

Kali pertama Tuanku Abdul Halim dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ialah pada 21 Jan 1970 hingga 20 Sept. 1975 semasa berusia 43 tahun, sebelum sekali lagi dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14.

TAWARAN RM 10,000


TAWARAN RM 10,000 : Berikutan insiden tiga letupan 'Improvised Explosive Devices (IEDs)' yang berlaku pada 9 Januari 2012 berhampiran Kompleks Mahkamah Jalan Duta, PDRM menawarkan ganjaran sebanyak RM 10,000 kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat sehingga tertangkapnya individu atau kumpulan yang bertanggungjawab dalam insiden tersebut.

Sebarang maklumat hendaklah disalurkan kepada DSP Yahya B. Abd Rahman di talian 019-470 8946 atau Bilik Gerakan IPK KL di talian 03-2146 0584/0585 atau Bilik Gerakan Bukit Aman di talian 03-2031 9999 / 03-2266 3444 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

POLIS DI RAJA MALAYSIA (PDRM)
http://www.rmp.gov.my/



Uji Masa Loading Laman Web Anda

          Kecepatan sesebuah blog untuk dibuka oleh pengunjung juga memainkan peranan penting dalam dunia blogging. Selain bergantung kepada jenis browser yang digunakan dan kecepatan internet, perkara penting lain adalah kandungan element yang mencorakkan sesebuah blog.



Saturday, February 18, 2012

Buku Teks versus iPads (Infografik)

        Antara portable gadget dengan buku teks, budak-budak zaman sekarang lebih memilih portable gadget seperti iPad. Kenapa? Bahan digital dan interaktif yang disediakan memudahkan kepada murid-murid di sekolah di US. Malaysia? Harap Program Transformasi Kerajaan (GTP) boleh sediakan pula iPad untuk semua pelajar pelajar kolej dan universiti di seluruh Malaysia. Baru prestasi dan motivasi dapat ditingkatkan.

Senarai Filem Inggeris Tahun 2011 Wajib Tonton


Top 25 (Filem)

25. Hop                             24. Green Lantern             23.  Horrible Bosses 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...