Monday, September 27, 2010

Google's 12th birthday



             Kalo korang perasan hari ni Google gunakan doodle background cake kan. Actually, this day hari jadi ke-12 kepada baby Google Inc. Special "Google Doodle" ni dihasilkan oleh pelukis bernama Wayne Thiebaud. Beliau memang terkenal dengan hasil kerja dengan melukis pastri, kek ataupun aiskrim. Senang cerita, benda-benda yang boleh kita jumpa dekat kafetaria. Lastly, Google Inc sehingga hari ini telah mempunyai 7 buah anak syarikat di antaranya ialah YouTube, DoubleClick, On2 Technologies, GrandCentral, Picnik, Aardvark, dan AdMob. 
          
           Check out the Google Doodles yang lain juga.

Sunday, September 26, 2010

Trivia Hari Ini #5

  • Getah gelang tahan lebih lama apabila disejukkan.
  • Kacang tanah ialah satu daripada bahan untuk membuat bahan letupan. 
  • Jerung ialah satu-satunya ikan yang boleh mengerdip kedua-dua matanya.
  • Terdapat lebih banyak bilangan ayam daripada manusia di dunia ini.
  • Badam berasal daripada spesis buah pic.
  • Seekor kucing mempunyai 32 otot dalam setiap telinga.
  • Seekor ikan emas mempunyai memori ingatan selama 3 saat sahaja. 
  • Seekor pepatung mempunyai jangka hayat selama 24 jam sahaja.
  • Sangat mustahil untuk korang bersin dengan mata terbuka.
  • Sotong gergasi "giant squid" mempunyai mata terbesar di dunia.
  • Terdapat 336 lekuk pada permukaan bola golf.

Saturday, September 25, 2010

Model Gantian Proton Waja !!! #2

Sumber : Daily Torque
         Terdedah lagi!! Sila lihat post sebelum ni ( Klik sini ).Kemungkinan model ni mempunyai enjin berkapasiti 1.8 liter atau 2.0 liter. Dan maybe harga atas jalan diantara RM70K- RM90K. Dari depan versi rebadge ni, nampak bulat skit kan dari original version. Nak tengok full kena la tunggu lagi...

Friday, September 24, 2010

Sekolah Harapan, Masih Ada Harapan

          Baru- baru ini cetusan idea untuk menubuhkan pembukaan Sekolah Harapan dan Rumah Harapan di Melaka mendapat kritikan oleh banyak pihak. “Ah…membazir duit je”, “Takde cara lain ke, siasat masalah sosial dari akar umbi dan bukan buat rumah perlindungan?”. Biarpun dikritik, pembukaan Sekolah Harapan pada 18 September lalu mendapat sambutan menggalakan dari masyarakat. Ini disebabkan remaja hamil bawah umur memang ramai dalam masyarakat kita.

Monday, September 20, 2010

Makan Apa Hari Ini?

wahh..korang teringin makan pe ae ari ni?
dah turun berat bulan poser ari tu 
jangan ingat aku tak tau la dah 2 kg naik sekarang ni
huhu....xpe, nanti start workout kaw2
ari ni aku try Nasi Ikan Lele
baru aku tau ikan lele tu ikan keli huhu....
de jgk tempe, tauhu goreng, kacang botol, petai
kat tempat korang mcm maner ae rupe Nasi ikan Lele??
~AWESOME~








'Michelin Baby'

            Awesome!!! Seorang bayi bernama Lei Lei berusia 10 bulan di China mempunyai berat hampir 20 kg. My chubby nephew which aged 11 months having weight only 10.5 kilos! Memang berat sangat 20 kg bagi seorang bayi berusia 10 bulan. 
 

Saturday, September 18, 2010

Sedekahkan Al-Fatihah Buat M.Rajoli

Salam kepada semua.~.~.~.~

           Marilah kita sedekahkan Al-fatihah buat Allahyarham M.Rajoli. Dikhabarkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira 10.45 malam hari Jumaat Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan tergolong dari kalangan umat yang dijanjikan nikmat syurga. Tidak lupa juga ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham. Al-fatihah......

"KUALA LUMPUR, Sept 18 ( Sumber: Bernama) -- Comedian M. Rajoli died of brain tumour at Ampang Hospital here Friday night. He was 64.

Malaysian Artistes Association (Seniman) president Harun Salim Bachik said M. Rajoli or Mohd Rajoli @ Mohd Rajab Mohamed breathed his last at 10.55pm after battling with the ailment since 2007.

"He was admitted to the hospital last night after developing complication from brain tumour. His family members were at his bedside when he passed away," he told Bernama.

He will be buried at the Muslim cemetery in Keramat Saturday afternoon.

M.Rajoli had a critical operation on his brain to remove lymphatic tumour in October 2007, after which he underwent chemotherapy, physiotherapy and radiotherapy treatments at the Kuala Lumpur Hospital."

Thursday, September 16, 2010

Trivia Hari Ini #4

Hari Malaysia

  • Persekutuan yang baru di bawah nama Malaysia diwujudkan pada 16 September 1963.
  • Hari Malaysia menandakan peringatan penubuhan Persekutuan Malaysia apabila Sabah dan Sarawak telah menyertai Malaysia pada 1963.
  • Malaysia akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar mulai tahun 2010.
  • Hari Malaysia akan disambut pada 16 September setiap tahun dan merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.
  • Sabah akan menjadi tuan rumah Sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan yang pertama dalam sejarah.
  • 16 September juga adalah tarikh sebenar kemerdekaan bagi seluruh Malaysia kerana tarikh ini menjadi peringatan bahawa Sabah dan Sarawak bebas dari jajahan British dan menjadi sebahagian dari Malaysia.
P.S : Selamat Bercuti.~.~.~

Wednesday, September 8, 2010

Dah Raya Aidilfitri ???

         Alhamdulillah…akhirnya Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu telah isytiharkan hari Jumaat  minggu ni 10 September 2010 sebagai Hari Raya Aildilfitri. Pejam celik pejam celik, dah nak raya kan. Mesti korang banyak story or other things yang korang rindu dan nak share bersama masa Ramadhan kali ni kan. Oopss..rileks dulu, hari ni kan baru hari Rabu. Hehe… Ok lah, make sure persiapan Hari Raya korang cukup pada tahun ni.

        Tapi tu bukan highlights pada entri AWESOME kali ni. Believe it or not…dah ada yang dah solat sunat Aidilfitri pada  pagi 8hb hari ini. Memang terkejut bila tengok berita kat TV3 tadi.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) telah berjaya menahan sebilangan pengikut semasa mendengar yang kononnya Khutbah Raya. Kumpulan itu dipercayai membawa ajaran dari Dumai, Indonesia. Seramai 9 anggota termasuk 4 sekeluarga ditahan di sebuah surau di Seriab, Perlis dan masing-masing telah dijatuhi hukuman denda oleh Mahkamah Tinggi Syariah Perlis.”

       Macam2 hal yang pelik  sekarang. Outside Malaysia, orang bukan Islam isytihar nak bakar Al-Quran sempena ingatan 9/11. Lihat entri ni “Kutuk Pembakaran Quran Terang-terangan”. Inside Malaysia, orang Islam sendiri nak kaburi ajaran Islam tu sendiri. Aduh…pening pening.

Monday, September 6, 2010

Trivia Hari Ini #3

Make sure baca sampai abis tau!!!

  • Setiap raja dalam satu dek "poker" mewakili seorang raja besar dalam sejarah dunia: 
  1. Spades - King David  
  2. Hearts - Charlemagne 
  3. Clubs -Alexander, the Great 
  4. Diamonds - Julius Caesar
  • Seekor tikus boleh hidup lebih lama tanpa air daripada seekor unta.
  • Titik di atas huruf "i" dipanggil tittle.
  • Mengunyah gula getah ketika sedang mengupas bawang dapat mengelakkan mata berair
  • Bom pertama yang dijatuhkan oleh pihak tentera bersekutu di Berlin dalam Perang Dunia Kedua hanya dapat membunuh seekor gajah  di dalam Zoo Berlin.

Sunday, September 5, 2010

Kutuk Pembakaran Quran Terang-terangan

            Sebuah gereja di Gainesville, Florida merancang satu "Hari Pembakaran Quran Antarabangsa" pada 11 September ni untuk memperingati mangsa-mangsa serangan 9/11 pada hari itu. Klik untuk berita penuh>>>A/B

            Apa semua ni?? Tiada perasaan menghormati agama lain langsung!  Dah terang-terangan yang peristiwa 9/11 tiada bukti siapa yang melakukannya.  Maybe ni salah satu agenda Yahudi Zionis yang berpakat dengan golongan anti-muslim untuk mengapikan umat Islam di seluruh dunia.

           Tak cukup dengan tu, satu group facebook telah didaftarkan untuk menambahkan lagi api kemarahan umat islam. Korang tengok je la seramai 8000 orang telah ‘ like this’ dan semakin bertambah setiap hari.  Full of hatred right ? Kumpulan ni kononnya mengutuk Islam itu pengganas tapi diorang sendiri tak sedar yang diorang dipimpin oleh satu pakatan yang memesongkan ajaran agama masing-masing. Takde lain, ni semua kerja Yahudi Zionis dengan pergerakan freemason.

Klik gambar untuk link

Saturday, September 4, 2010

Trivia Hari Ini #2

Apakah negara yang mempunyai 
kepadatan penduduk yang terbesar di dunia?
CHINA
  • Negara China mempunyai anggaran hampir 1.3 bilion penduduk  sehingga 3 September 2010.
  • Hampir satu daripada setiap lima penduduk di Bumi ialah Cina.
  • Sehingga 3 September 2010 juga, Amerika Syarikat ialah negara ke-3 yang mempunyai kepadatan penduduk paling ramai iaitu hampir sebanyak 315 juta penduduk.
  • China dan Amerika Syarikat diliputi luas kawasan tanah yang hampir sama. ( 9.83 juta km2 )
  • Bolehkah anda bayangkan 1 bilion penduduk? Cara termudah untuk membayangkannya adalah  1 billion saat itu adalah sama dengan 31.7 tahun. AWESOME kan….
  • People ' Republic of China melaksanakan dasar satu famili satu zuriat pada 1979 untuk mengawal kepadatan penduduk yang semakin ramai dengan tahap kemiskinan yang tinggi.
PS : Tanah air kita, Malaysia merupakan negara ke-44 yang mempunyai kepadatan penduduk yang terbesar di dunia. (Anggaran = 28 juta penduduk ). Merdeka..!!!


Friday, September 3, 2010

Model Gantian Proton Waja !!!

Assalamualaikum kepada semua........

            Desas-desus model gantian Proton Waja akhirnya terjawab jugak selepas kecoh awal bulan lepas. Memang confirm Proton Holdings Bhd akan memperkenalkan model baru gantian Proton Waja dan dijangka akan diperkenalkan pada bulan Oktober menurut sumber TV3. Memang tak salah lagi review yang aku baca pada awal bulan lepas di paultan.org.


           











            Senang cerita, model gantian ni seakan waja lancer. Model replacement ni hampir serupa dengan Lancer Evolution X yang menjadi wishlist aku. Next, maybe ke kali ni Proton akan keluarkan 6 speed semi-auto transmission ?? Apa pun kena la tunggu sampai bulan depan.... ~.~.~.~

Trivia Hari Ini #1





  • Kupu-kupu merasa dengan kaki, dan bukan dengan sesungut.

  • Gajah ialah satu-satunya binatang yang tidak dapat melompat.

  • Purata hanya seorang sahaja dalam 2 bilion, akan hidup selepas umur 116 atau lebih. Kita kan umat yang mempunyai umur yang pendek. Lihat entri ni juga >>> Klik

  • Wanita mengelip mata hampir dua kali ganda banyak daripada lelaki.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...