Thursday, December 16, 2010

Trivia Hari Ini #11


        Assalamualaikum...saya harap korang berada dalam keadaan sihat-sihat belaka. Adakah korang tahu hari ini 16 Disember 2010 bersamaan dengan 10 Muharram 1432 adalah Hari Asyura ? Antara kelebihan pada Hari Asyura adalah diampunkan dosa setahun yang lalu bagi orang yang berpuasa pada hari ini (sunat yang sangat dituntut).

       Buat pengetahuan korang semua juga, berpuasa sebulan dalam bulan Muharram juga adalah sunat. Pada 10 Muharam juga terdapat beberapa peristiwa yang yang direkodkan dalam sejarah Islam:

  1. Hari pertama Allah menciptakan alam. 
  2. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat. 
  3. Hari pertama Allah menurunkan hujan. 
  4. Allah menjadikan 'Arasy. 
  5. Allah menjadikan Luh Mahfuz. 
  6. Allah menjadikan Malaikat Jibril. 
  7. Nabi Adam a.s. dicipta. 
  8. Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah. 
  9. Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit. 
  10. Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan. 
  11. Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud. 
  12. Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud. 
  13. Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.   
--------------------Rehatkan mata seketika :) --------------------
  1. Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut. 
  2. Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya. 
  3. Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah. 
  4. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s.. 
  5. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara. 
  6. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah. 
  7. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya. 
  8. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam. 
  9. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun. 
  10. Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah. 
  11. Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar. 
  12. Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda. 
  13. Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh tentera khalifah Bani Umaiyyah iaitu Khalifah Yazid.
Sumber:wikipedia
Comments
3 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

3 Komen Yang Awesome:

Unknown said...

nice n3 :) thx..

LadyBird said...

jom sama2 berpuasa.. :)

Unknown said...

Wah terlewat baca post ni, btw, peringatan ni berguna :)

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda kawan-kawan.
Maaf kalau tak sempat balas komen-komen korang semua.
Kunjungan anda akan dibalas oleh saya :-)

Jangan lupe like page kami di facebook. Awesome Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...